M.A.R.

MONTHLY ACTIVITY REVIEW (M.A.R.) FEBRUARY - MARCH 2026
BY HANNAN MEDISPA UTARA HQ

Montaj MAR Feb-Mac adalah berkenaan pembukaan Cawangan Hannan Medispa Pendang

Travel record content di Hannan Medispa Queensbay, Hannan Medispa Tanjung Tokong, Hannan Medispa Butterworth, Hannan Medispa Kulim dan Hannan Medispa Bakar Arang

Facial Artis Beego dan Majlis Buka Puasa bersama staff Hannan Medispa Utara HQ


Hari yang penuh dengan kemeriahan dan kebersamaan di Hannan Medispa HQ dimulakan dengan Jamuan Raya Potluck yang sangat meriah 🤍

Suasana Raya benar-benar terasa apabila majlis menjadi lebih berseri dengan pentas utama yang dihias indah bertemakan tradisi. Hiasan tersebut disusun dengan penuh kreativiti dan ketelitian oleh Ernny dan Nan, menampilkan elemen klasik yang memberi sentuhan suasana Raya yang hangat, elegan dan penuh nostalgia.

Pentas MAR Feb-Mac direka khas oleh Ernny & Naijanan berkonsepkan Tradisional Raya

Kemeriahan diteruskan dengan kehadiran team yang membawa pelbagai juadah istimewa — dari hidangan tradisional hinggalah ke menu moden. Meja dipenuhi dengan makanan yang menyelerakan, menjadikan suasana lebih hidup dengan gelak tawa, perkongsian cerita dan momen kebersamaan antara staff.

Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian anugerah bulanan, sebagai tanda penghargaan kepada team yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang bulan ini.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima — semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus berkembang dan memberi inspirasi kepada seluruh team ✨

Selepas itu, sesi bergambar bersama diadakan bagi merakam kenangan indah hari tersebut. Setiap senyuman dan momen yang dirakam menjadi simbol kepada hubungan erat dan semangat kekeluargaan dalam organisasi ini 📸

Menjelang petang, berlangsung pula sesi meeting bersama barisan leaders, managers dan pihak pengurusan, membincangkan perancangan, hala tuju serta strategi untuk terus memajukan Hannan Medispa ke tahap yang lebih tinggi.

Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini dengan penuh dedikasi dan komitmen.
Ucapan khas juga buat En. Radzi dan En. Ehsan atas sokongan, kepimpinan dan kepercayaan yang berterusan.

Semoga semangat kebersamaan ini terus kekal dan menjadi kekuatan dalam setiap langkah perjalanan kita bersama 🤍

-Faiz-

Previous
Previous

HIFU Treatment: Rahsia Kulit Tegang & Awet Muda Tanpa Bedah