Festival Short Film M.A.R. July 2026

Majlis Monthly Activity Reward (MAR) Julai 2026 dimulakan dengan suasana yang cukup ceria bertemakan kuning dan putih. Pentas dihiasi indah dengan dekorasi bunga berwarna kuning dan putih hasil sentuhan kreatif Erny dan Naijanan, sekali gus menyerikan majlis serta mewujudkan suasana yang elegan dan penuh semangat penghargaan.

Bersempena ketibaan bulan Kemerdekaan, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik Malaysia yang dinyanyikan bersama oleh semua yang hadir. Suasana penuh semangat dan rasa cinta akan negara berjaya membangkitkan aura patriotisme sebelum acara diteruskan dengan pengisian seterusnya.

Majlis diteruskan dengan tayangan short film daripada setiap jabatan iaitu Marketers, Customer Experience (CE), Customer Service (CS) dan Leads. Setiap video yang dipersembahkan mempunyai kreativiti dan keunikan tersendiri, berjaya menceriakan suasana serta mendapat sambutan yang menggalakkan. Syabas kepada semua pasukan atas usaha dan komitmen menghasilkan karya yang begitu menarik.

Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi bulan Julai 2026. Ribuan terima kasih diucapkan kepada En. Ehsan yang telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Tahniah kepada semua penerima anugerah atas pencapaian yang membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Hannan Medispa Utara untuk terus memberikan prestasi yang terbaik.

Pada sebelah petang, sesi diteruskan dengan mesyuarat bersama En. Radzi, En. Ehsan serta barisan pengurus, Madam Sheera, Pn. Wanny, Amirah, Adibah, HOD dan sebahagian team lain bagi membincangkan perancangan dan strategi secara lebih terperinci. Perbincangan ini memberi fokus kepada penambahbaikan operasi, prestasi pasukan serta hala tuju syarikat demi memastikan pencapaian yang lebih cemerlang pada bulan akan datang.

Next
Next

Hannan Medispa Utara Kini Dibuka di Seri Iskandar – Grand Opening 21 Mei 2026! ✨