M.A.R April - Hannan Medispa Utara Bertemakan K-Pop Meriah & Penuh Energi

Suasana di Monthly Activity Review April Hannan Medispa Utara kali ini memang lain daripada yang lain apabila seluruh majlis tampil dengan tema K-Pop yang meriah, penuh warna-warni dan energy! ✨

Ramai staff hadir dengan outfit berkonsepkan K-Pop masing-masing — ada yang tampil elegant, cute, classy dan ada juga yang sporting habis ikut vibe idol Korea. Memang sepanjang majlis, suasana sangat happening dan penuh gelak tawa.

Antara yang paling mencuri perhatian semestinya dekorasi pentas yang disediakan oleh HR Ernny dan Naijanan. Konsep K-Pop yang dibawakan nampak sangat kemas, kreatif dan “wow” dengan gabungan lighting, warna dan susunan pentas yang menaikkan lagi mood event kali ini. Memang jelas usaha dan kreativiti team dalam menjayakan suasana yang unik untuk semua staff.

Majlis kemudiannya dimulakan dengan persembahan nyanyian daripada 4 peserta yang membuka acara dengan penuh semangat. Sorakan dan support daripada staff menjadikan suasana dewan lebih meriah dan hidup.

Selepas itu, semua hadirin turut disajikan dengan tayangan video pertandingan konsep K-Pop yang disertai oleh setiap department Hannan Medispa Utara. Setiap team tampil dengan idea dan konsep tersendiri — ada yang lucu, ada yang stylish dan ada juga yang sangat kreatif seperti video music idol sebenar. Memang dapat lihat semangat teamwork dan effort setiap department dalam menjayakan pertandingan ini.

Monthly Activity Review kali ini bukan sahaja menjadi platform review bulanan, tetapi juga ruang untuk mengeratkan hubungan sesama team, mencipta kenangan bersama dan menghargai usaha semua staff yang sentiasa memberi komitmen terbaik untuk Hannan Medispa Utara. ✨

Akan bersambung lagi nanti..

Previous
Previous

Hannan Medispa Utara Kini Dibuka di Seri Iskandar – Grand Opening 21 Mei 2026! ✨

Next
Next

Hannan Medispa Queensbay Just Glow Brighter!✨